Saturday 30 April 2011

Go!ng H!gh SchooL~

Inilah lencana sekarang
Assalammualikum semua....kali niey aq nk smbung blek cite psal kehidupan selepas meninggalkan zaman sekolah rendah....okey2...kte mulekan cite....dengan berbekalkan result UPSR..aq pn memasuki sebuah sekolah yg bername SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZA'BA (SMKZ).Dulu pada zaman sekolah rendah aq...bnyak khabar angin mengatakan (SMKZ) niey..sekolah yg melahirkan samseng2 sekolah...tuu laa antare2 cite2 yg aq dgr time skolah rendah...mse tuu laa aq rse tkot ckit nk msok (SMKZ) niey.Tp ble aq da msok...aq rse skolah niey okey je...ye..aq mmg akui ade sesetengah pelajar kt situ mmg degil,nakal dan mcm2 lg...tp bgi aq..biase laa tuu....time tuu dorg xmatang lg.Okey aq nk cite ckit psal Sejarah sekolah niey.(padahal aq pling xske sejarah).Sekolah Menengah Kebangsaan Zaba terletak di dalam daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan. Jauhnya dari pekan Kuala Pilah ialah 1.6km. Pekan Kuala Pilah adalah merupakan Ibu Pejabat Daerah Kuala Pilah.  Jauhnya adalah kira-kira 40km dari bandar Seremban.
Inilah lambang lama (SMKZ)
Sekolah ini terletak di sebuah kawasan yang indah menghijau dengan suasana yang damai serta udara segar. Sekolah ini dibina di kawasan lereng bukit yang di teres yang jauhnya kira-kira 800 meter dari jalan besar yang menghubungkan Pekan Kuala Pilah dengan Tampin. Di kawasan kaki bukitnya pula terletak Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad. Di bahagian belakang kawasan sekolah ini terdapat kebun getah dan ladang kelapa sawit.
Sekolah ini dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Terdapat 5 buah blok bangunan untuk bilik darjah, makmal, bilik guru dan pejabat, satu blok untuk Perpustakaan, Bilik Komputer dan Sains Rumahtangga, satu blok untuk Bengkel Seni Perusahaan, sebuah dewan, 2 blok asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan beserta dewan makannnya, sebuah kantin dan surau.Untuk kemudahan bersukan, sekolah ini juga mempunyai sebuah padang beserta astaka yang sering digunakan untuk sukan MSSDKP dan sukan jabatan-jabatan kerajaan di daerah ini.Diantara padang dengan blok asrama terdapat dua buah padang tenis,sebuah gelanggang sepak takraw dan bola tampar.Sebuah rumah untuk Pengetua juga ada disediakan.
Pelajar-pelajar perintis sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaranyang pertama bagi sekolah ini pada tahun 1967.Pelajar-pelajar yang berjaya telah dinaikkan ke tingkatan Empat Sastera.Bilangan pelajar bertambah kerana kemasukan pelajar-pelajar aliran Melayu Tingkatan Empat dan Lima yang selama ini menumpang di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad dan Sekolah Menengah Tunku Kurshiah.
Pada 1hb.Januari 1968 nama sekolah ini sekali lagi ditukar menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pilah.Pada tahun 1968 sekolah ini telah pertama kalinya menyediakan calon-calon untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Untuk mewujudkan satu identiti tersendiri adalah dirasakan perlu untuk memberikansatu identiti yang sesuai untuk sekolah ini.Ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah telah memilih seorang tokoh bahasa dan Nasionalis Melayu yang berasal dari Kuala Pilah sendiri iaitu Pendita Za'ba.Oleh itu dengan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Za'ba.Upacara perasmian dan pengisytiharan nama Sekolah Menengah Za'ba telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Yaakub,Menteri Pelajaran ketika itu, pada 15hb September 1969.Dengan ini nama Sekolah Menengah Za'ba kekal hingga tahun 2009.Pada 2008 pengambilan pelajar aliran agama digantikan dengan pelajar sukan. Seramai 80 orang pelajar yang berbakat dalam bidang sukan dipilih untuk memasuki sekolah khas ini. Pada peringkat ini, pengambilan bermula dengan pelajar tingkatan 1 dan pelajar sedia ada yang berpotensi dalam bidang sukan meneruskan pembelajaran masing-masing dalam aliran biasa ataupun agama.

Pada tahun 2009, secara rasminya sekolah ini telah bertukar nama menjadi Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SSNS) SMK Za’ba, selepas dinaiktaraf sebagai sekolah sukan negeri. Pada tahun ini juga, bilangan seluruh pelajar sukan bertambah menjadi 100 orang dengan kemasukan pelajar tingkatan 1. Sebagai sekolah sukan, sekolah ini memberi fokus kepada dua bidang sukan yang utama iaitu sukan teras dan sukan pilihan. Sukan teras yang diceburi ialah olahraga, bola sepak, sepak takraw, memanah, bola jaring, badminton, dan kriket. Manakala bagi sukan pilihan pula ialah ragbi, bola baling dan kriket . 


Adalah dijangkakan dalam masa 3 tahun mendatang, Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za’ba ini akan menempatkan pelajar-pelajar sukan sepenuhnya demi melahirkan atlet terbilang yang menjadi kebanggaan sekolah, daerah Kuala Pilah dan Negeri Sembilan secara umumnya.

Balik kembali ke cerita tadi.Pada tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aq bersekolah disini.Semasa aq berada di Form 3.Aq skali lagi mengambil peperiksaan yg penting dlam hidupku lg iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Bagi menentukan masa hadapanku untuk menyambung pembelajaran disekolah lain atau pn kekal di (SMKZ).Pada hari pengambilan result (PMR).Aq telah mendapat keputusan yg agk baik ! bagiku..walaupun ade sesetengah org mengatakan aq bley buat lebih baik dri tuu..ye aq tau...aq mmg bley buat lebih baik dri itu..tetapi masa sdah pun berlalu...sebab ape aq ckap keputusan yg aq dpat ini baik??ini sebab dlu...bm aq xsehebat mne pn...dan ckgu aq(Cikgu Suraidah) targetkan aq dapat B..tapi mse result aq tgk BM aq A..mmg aq xmenjangka....aq amat berterima kasih dgn ckgu Su kerana...sbbkan dia mengajar aq...aq bley mendapat kputusan yg baik..TERIMA KASIH CIKGU SURAIDAH!!
RESULT PMR
BM:A
PI:A
SN:B
SEJ:B
KH:B
BI:B
GEO:C
MATH:C

Selepas itu aq mengambil keputusan untk kekal di SSNS SMK ZABA dan memasuki kelas 4IBR iaitu kelas Prinsip Perakaunan.Sehingga kini aq masih lg bersekolah di sini.Sekarang aq telah masuk Form 5 dan menjadi senior disekolah SSNS SMK ZABA.Pada tahun ini pula..aq akan mengambil peperiksaan paling penting dalam hidupku yg menentukan masa hadapan aq..iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Kepada rakan2ku yg sama2 menduduki (SPM) i wish u all the best !semoga target kte semua tecapai! AMIN....~tamat laa cerita sekolah aq~

4 comments: